Ethereum 2.0 Sudah Tidak Wujud! Ini Penjelasan Ethereum Foundation

3,239

Ya, dikhabarkan Ethereum 2.0 dihapuskan sebaliknya digantikan dengan ‘lapisan konsensus’.

Perubahan terminologi Ethereum 2.0 (Eth2) → ‘lapisan konsensus’ turut memberi impak kepada seluruh komuniti Ethereum kerana turut disertai dengan penambahbaikan rangkaian.

Kenapa?

Sebenarnya, pembangun utama telah berhenti menggunakan terminologi tersebut sejak akhir 2021. Sebaliknya mereka memanggil projek ini dengan:

  • Eth1: Lapisan perlaksanaan
  • Eth2: Lapisan konsensus
  • Eth1 + Eth2 = Ethereum (rangkaian yang menyeluruh dan lengkap)

Beberapa aspek yang masih kekal melalui penjenamaan semula ini:

  • Perubahan mekanisme Proof-of-Work (POW) kepada Proof-of-Stake (POS)
  • Aktiviti perlombongan yang merangkumi kemampuan komputer terhubung dengan rangkaian untuk mengesahkan transaksi

Perubahan terminologi ini juga turut memberi impak kepada beberapa perkara:

  • Perisian yang dikekalkan dan digabungkan dengan komponen baharu
    • Lapisan perlaksanaan – terletaknya kontrak pintar dan peraturan rangkaian
    • Lapisan konsensus – memastikan semua peranti yang terhubung berjalan berdasarkan ketetapan peraturan dan mengenakan tindakan terhadap penafian.

Pada lapisan konsensus inilah dapat dinilai sama ada Ethereum bersedia beralih kepada POS atau tidak.

Perubahan ini juga sedikit sebanyak membantu dalam pertembungan aktiviti scam.

Manakan tidak, sejak pengumuman Ethereum 2.0 atau ETH2, ramai penipu mula melobi kepada pelabur untuk menukarkan token ETH1 kepada ETH2, dan juga segelintir mendakwa untuk menukarkan ETH sebelum peralihan kepada Eth2.

Penamaan semula terma ini juga sedikit sebanyak memberi gambaran jelas yang sebenarnya Ethereum 2.0 bukanlah hadir selepas Eth1 tetapi kedua-duanya hadir secara serentak, kecuali perubahan mekanisme.

Jika ada yang tertanya adakah roadmap kemaskini Ethereum juga berubah, jawapannya – TIDAK. Pelabur masih boleh merujuk roadmap yang telah Team Intraday garapkan sebelum ini – Altair dan kenyataan Vitalik Buterin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat