Korea Utara Mesti Bertanggungjawab, 3 Individu Disenarai Hitam AS

912

‘Dah buat onar memang kena sekatlah.’

Susulan daripada siri pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pada 18 November lalu, 3 individu yang disyaki terlibat dikenakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Tiga individu yang dikenal pasti adalah Jon Il Ho, naib pengarah dan Yu Jin pengarah Jabatan Industri Senjata Korea Utara serta Kim Su Gil, Pengarah Biro Politik Am Tentera Rakyat Korea dari  2018 sehingga 2021.

Mereka disyaki terlibat dalam pembangunan program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) milik Korea Utara yang menjadi dalang di sebalik pembuatan ICBM negara itu.

Kenyataan Setiausaha Bahagaian Perbendaharaan Untuk Keganasan dan Perisikan Kewangan, Brian Nelson menerangkan ketiga-tiga mereka dikenakan sekatan oleh AS selepas Kesatuan Eropah (EU) buat perkara sama pada April.

Ulasnya bahawa selari dengan penyelarasan 3 hala bersama Korea Selatan dan Jepun, Perbendaharaan mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan kepada pegawai-pegawai itu atas peranan mereka dalam program WMD.

Sekatan yang dikenakan adalah disebabkan penglibatan mereka dalam pembinaan ICBM dan melancarkannya, selari dengan sekatan oleh  Resolusi Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan bahawa sekatan itu akan membekukan semua aset individu-individu tersebut dalam usaha menghalang Korea Utara peroleh sebarang teknologi, sumber dan hasil untuk pembuatan peluru berpandu.

Umumnya, Korea Utara pada awal bulan lepas telah melancarkan beberapa siri peluru berpandu selepas AS menjalankan latihan kerjasama ketenteraan yang dianggap provokasi.

Pyongyang dan Kim Jon Un kemudiannya telah melancarkan peluru berpandu ICBM menghala ke Korea Selatan dan Jepun sehingga memaksa PBB campur tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat