Kripto Exchanger Ini Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan DOJ!

190

“Ini lah antara sebab pasaran kripto jatuh tu.”

Syarikat exchanger mata wang kripto Bitzlato yang didaftarkan di Hong Kong dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Perbendaharaan semasa pasaran derita ekoran krisis FTX.

Dilaporkan bahawa aktiviti jenayah Bitzlato yang mempunyai kaitan dengan Rusia telah menjadi sebab pihak berkuasa masuk campur dan pengasasnya, Anatoly Legkodymov berusia 40 tahun pula ditangkap, ulas Timbalan Peguam Negara Lisa Monaco.

Diperjelaskan lebih terperinci, Bitzlato telah membantu proses serangan perisian tebusan bernilai lebih $700 juta dalam transaksi yang menyalahi undang-undang secara langsung dan tidak langsung antara tahun 2018 hingga 2022.

Syarikat tersebut turut menarik minat penjenayah susulan mereka benarkan maklumat penggunanya dikenalpasti secara peribadi.

Berbalik pula kepada Legkodymov, beliau telah ditangkap atas dakwaan mengangkut dana haram dan menjalankan operasi perniagaan penghantaran wang tidak mematuhi undang-undang anti-pengubahan wang haram.

Rentetan itu, beliau yang kini telah menetap di China akan dibawa ke Mahkamah Daerah AS untuk menghadapi tuduhan jenayah tersebut.

Menurut Monoca, Legkodymov haruslah menjawab kesemua pertanyaan mengenai dakwaan itu, sama ada melanggar undang-undang dari China atau Eropah mahupun menyalahgunakan sistem kewangan dari pulau tropika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat