Kripto Kekal Sebagai Prospek Pelaburan Terbaik?

1,025

‘Dicadangkan bukan dijamin, tapi okay lah jugak sekurang-kurangnya benda untuk dilaburkan.’

Melihat kepada kesuraman ekonomi global kini yang dilanda tekanan inflasi dan masalah rantaian bekalan, aset digital kripto kekal sebagai prospek pelaburan terbaik, ulas pakar.

Ketua Pegawai Eksekutif firma pengendali dana pelaburan kripto, Hodl iaitu Maurice Mureau berkata aset digital tersebut kekal menjadi pilihan utama di sebalik kejatuhan pasaran bon dan hartanah akibat inflasi.

Ulasnya, keadaan sekarang mencerminkan situasi semasa lewat 90-an dengan internet bubble tetapi masih belum terlambat untuk memulakan pelaburan dalam kripto.

Hal ini kerana penggunaan kripto dijangka meluas dalam industri permainan yang disokong dengan teknologi blockchain, selain terdapat 21 juta Bitcoin yang wujud tanpa perlu dicetak.

Rentetan itu, Mureau percaya bahawa kripto boleh menjadi lindung nilai yang lebih selamat.

Dalam pada itu Mureau turut menasihat pelabur insitusi,  yang kebiasaanya mengelak risiko bagi melindungi modal, untuk melabur dengan sasaran ideal antara 1% ke 5%.

Manakala bagi pelabur runcit yang masih muda pula boleh cuba melepasi sasaran tersebut kerana akan terdapat pendapatan masa depan yang mencukupi untuk menambah portfolio.

Terang beliau bahawa aset digital buat masa ini mewakili 0.12% daripada semua aset kewangan, andai ia berubah dari 2% ke 4% maka ia menandakan perolehan modal yang matang sementara jika berganda kepada 12% pula akan membawa ke tahap emas.

Umumnya, pelabur insitusi mempunyai akses mendalam terhadap satu sumber maklumat tetapi berbeza pula dengan pelabur runcit.

Maka pelabur runcit perlu mengasah penyelidikan mereka melalui analisis dalam mencari siapa pemilik coin tersebut untuk mengelak ditipu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat