Kripto QUANT Pamer Pengukuhan Untuk Catat ATH Terbaharu!

161

Quant Network bertujuan untuk menghubungkan rantaian blok dan rangkain pada skala global tanpa mengurangkan kecekapan serta interoperabiliti rangkaian.

Projek ini juga merupakan projek pertama untuk menyelesaikan masalah interoperabiliti melalui penciptaan sistem operasi blockchain yang pertama.

Quant dilancarkan secara rasmi pada Jun 2018 dan diasaskan oleh Gilbert Verdian. Penciptaan idea untuk projek tercetus ketika Verdian bekerja di sektor penjagaan kesihatan.

Di samping itu, Quant Network dilihat memiliki fundamental yang kukuh untuk terus bertahan dalam jangka masa panjang.

Berdasarkan kepada carta QNT/USDT, pergerakan harga QNT terus pamerkan lonjakan demi lonjakan sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga $99.0.

Lonjakan itu juga telah mendorong harga QNT untuk mencatatkan kenaikan melebihi 300% hanya dalam masa 30 hari sahaja.

Namun selepas sahaja pergerakan harga QNT mencapai paras ATH terbaharu, harga dilihat membuat sedikit penurunan untuk kembali menguji paras RBS (resistance become support) sekitar $75.0.

Jika harga QNT kekal peroleh momentum untuk melonjak, zon resistance sekitar $83.5-$87.5 akan kembali diuji dan seterusnya bakal menuju semula ke paras ATH $99.0.

Momentum lonjakan yang lebih tinggi bakal menyokong harga QNT untuk mencatas paras ATH $99.0 tersebut untuk terus mencatas paras ATH yang terbaharu lagi.

Sekiranya penurunan harga berlaku, harga dilihat bakal kembali menguji paras RBS $65.0 dan akan dinilai sebagai zon utama untuk menyokong lonjakan harga yang lebih tinggi.

Manakala jika harga melepasi paras RBS $65.0 tersebut, ia akan mendorong harga QNT untuk menguji semula paras harga $54 atau membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Pada waktu artikel ini ditulis koin QNT boleh dibeli di platform Kucoin, Coinbase Exchange, Gate.io, Uniswap (V3) dan Bitrue.

Setakat jam 2.00 petang waktu tempatan, harga QNT melonjak sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $75.00.

Lihat gambar carta matawang kripto QNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat