Kripto SUI Cecah Harga Tertinggi Sepanjang Masa, Apa Sebabnya?

222

“Wow naik tinggi kot, ada ke yang sempat beli SUI masa harga diskaun?”

Sui (SUI) berjaya menjadi antara aset berprestasi terbaik dalam pasaran mata wang kripto setakat ini apabila memecah paras tertinggi sepanjang masa pada $1.64 yang menjadikannya aset digital ke-48 terbesar dalam modal pasaran.

Kenaikan harga itu berlaku sejurus selepas penyedia infrastruktur kripto Banxa memeterai perjanjian bersama SUI Wallet, di mana pengguna kini boleh terus menggunakan fiat sebagai penyelesaian pembayaran Banxa.

Bukan itu sahaja, pengguna turut akan mendapat manfaat daripada ZERO Gateways Fees iaitu entiti yang pernah didedahkan di platform media sosial X.

Baru-baru ini, jumlah nilai terkunci (TVL) dalam rangkaian SUI dan volum dagangan telah menyaksikan peningkatan susulan TVL mendaki $420 juta manakala kali terakhir volum dagangan turun di bawah $50 juta adalah pada 25 Januari 2024.

Pendakian SUI turut tercetus disebabkan kebangkitan yang berlaku dalam seluruh pasaran kripto dengan kebanyakan aset digital terkemuka mencatatkan keuntungan yang agak besar dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menerusi pemerhatian, Bitcoin (BTC) telah melonjak ke paras tertinggi tiga minggu hampir $44,000, Ethereum (ETH) pula melebihi $2,300 manakala Cardano (ADA) dan Solana (SOL) turut menunjukkan prestasi lebih baik apabila masing-masing naik 8% serta 6%.

Sehingga berita ini ditulis, harga SUI yang didagangkan pada $1.53 telah merekodkan penyusutan semula 3.70% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion tetapi tetap canak 31.44% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat