Krisis Bank Makin Kritikal Sampaikan Biden Minta Nasihat Warren Buffett

932

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilaporkan telah mendapatkan ‘nasihat’ daripada Pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett mengenai krisis perbankan yang sedang berlaku.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, dikatakan pegawai kanan dalam pentadbiran Biden telah mengadakan perbincangan dengan Buffet pada minggu lalu.

Pun begitu, tiada butiran lanjut mengenai bagaimana perbincangan tersebut berjalan, dengan White House dan Berkshire Hathaway tidak memberi sebarang kenyataan mengenai laporan itu.

Kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank baru-baru ini telah memberi kesan ketara terhadap sektor perbankan, yang mendorong kepada kehilangan keyakinan pelabur dan penjualan besar-besaran saham bank.

Rentetan itu, tidak hairanlah sekiranya pentadbiran Biden berusaha mendapatkan nasihat Buffett untuk menangani krisis ini memandangkan jutawan dunia itu juga mempunyai sejarah campur tangan yang membantu bank dalam kegawatan.

Jika masih ingat, beliau pernah menyalurkan suntikan modal kepada Bank of America Corp selepas sahamnya menjunam akibat kerugian yang dikaitkan dengan gadai janji subprime.

Bukan itu sahaja, malah ketika krisis kewangan 2008, Buffet juga memberikan Goldman Sachs bantuan $5 bilion untuk menyokong bank itu daripada mengalami nasib sama dengan Lehman Brothers.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat