Krisis Catalonia: Sepanyol Dalam Usaha Menggantung Autonomi Catalan

103

Sepanyol dilaporkan akan mencetuskan Artikel 155 Perlembagaan yang akan membenarkan Madrid menggantung autonomi Catalonia, seperti yang dikatakan oleh pejabat perdana menteri.

Tindakan terbaru ini adalah respon terbaru Perdana Menteri Rajoy selepas menerima surat dari pemimpin Catalan iaitu Puigdemont. Puidemont berkata dalam surat tersebut bahawa, Catalonia akan mengisytiharkan kemerdekaan jika Sepanyol tidak mahu berunding dan menagaktifkan enakmen Artikel 155.

Deklarasi terhadap kemerdekaan boleh mencetuskan Artikel 155 perlembagaan 1978 Sepanyol yang mana kerajaan Sepanyol boleh mengambil alih pentadbiran Catalonia serta-merta jika mereka melanggar undang-undang ini. Selepas itu, kerajaan pusat boleh memecat pentadbiran tempatan dan membuat kerajaan baru, mengambil alih kawalan terhadap polis dan kewangan dan mengadakan pilihanraya.

Jurucakap kerajaan Sepanyol, Inigo Mendez memberitahu wartawan di Madrid: “Perdana menteri akan membuat apa sahaja dalam kuasanya untuk mengembalikan undang-undang perlembagaan”.

“Kerajaan akan buat apa sahaja untuk menghentikan kemerosotan ekonomi di Catalonia yang disebabkan tindakan oleh Presiden Catalonia.”

Perkembangan baru pada Khamis menunjukkan lanjutan ketegangan antara Madrid dan Barcelona tentang status Catalonia selepas referendum 1 Oktober.

Lebih daripada 40% penduduk Catalonia bersamaan dengan 5.5 juta pengundi keluar mengundi semasa referendum 1 Oktober yang memaksa polisi menggunakan kekerasan bagi menhentikan undian tersebut.

Pegawai-pegawai Catalan menyatakan beratus-ratus orang cedera disebabkan keganasan polis. Kerajaan Sepanyol pula mengatakan beratus-ratus polis juga cedera pada tempoh tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat