Krisis Evergrande Cetus Perubahan Pelaburan Kripto Di China?

307

“Jadi maksudnya adakah ini petanda positif atau negatif?”

Perubahan ketara dalam pasaran mata wang kripto di China mampu tercetus disebabkan firma gergasi hartanah China Evergrande diarahkan untuk dibubarkan oleh mahkamah Hong Kong setelah pasaran kewangan di seluruh dunia mengalami kelemahan sehingga menjejaskan sentimen para pelabur.

Penghakiman tersebut menandakan berakhirnya dialog selama 19 bulan di mana Evergrande terkesan susulan pemiutang asing mereka tidak dapat bersetuju berhubung cara menyusun semula hutang firma yang besar itu.

Memang tidak dinafikan Evergrande adalah pemaju rumah paling terkenal di negara Asia, tetapi ketidakupayaan untuk membayar hutangnya telah menyebabkan firma itu memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2023.

Bermula pada tahun 2021, hutang Evergrande yang mencetuskan krisis hartanah masih memberi kesan pada ekonomi China ditambah pula jumlah liabiliti firma itu berjumlah $333 bilion setelah ia memfailkan kebankrapan.

Jadi di sini dapat dilihat pembubaran Evergrande akan menimbulkan kesengsaraan dalam pasaran saham China dan bidang hartanah termasuk memberi tekanan pada pasaran kewangan di seluruh dunia serta pasaran kripto.

Hal ini kerana keputusan penstrukturan semula hutang Evergrande sebelum ini telah beri kesan besar pada harga Bitcoin (BTC) sehingga menjejaskan sentimen pelabur selama berminggu-minggu, oleh itu minat pelabur terhadap aset berisko mungkin akan jadi makin berkurangan.

Bagaimanapun, situasi dapat melihat kejatuhan harga saham apabila pelabur mengeluarkan wang mereka dan ini membawa makna pelaburan dalam kripto boleh meningkat di tengah-tengah ramai orang cuba melindung wangnya.

Sungguhpun penggunaan kripto dilarang di tanah besar China dan aliran modal rentas sempadan dikawal ketat, pengguna tetap boleh berdagang token seperti BTC di OKX serta Binance atau melalui kaedah over-the-counter* termasuk benarkan pelabur buat akaun bank di luar negara untuk beli kripto.

*Merujuk kepada perdagangan melalui agensi atau orang yang menjalankan transaksi untuk anda, diasingkan daripada pertukaran biasa

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat