Krisis Kemanusiaan Gaza Semakin Parah, Israel Halang Bantuan Mesir

237

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry menuduh kerajaan Israel atas menafikan tanggungjawab terhadap krisis kemanusiaan di Gaza selepas rakan sejawatannya dari Israel berkata Mesir tidak membenarkan bantuan ke wilayah yang dilanda perang.

Tindakan itu menentang keputusan antarabangsa dan mereka menutup salah satu pintu masuk kemanusiaan utama ke Gaza yang mengancam kebuluran. Sejak itu, Mesir enggan bekerjasama dan menyekat akses bantuan Israel melalui persimpangan Rafah.

Dalam kenyataannya, Mesir mengesahkan penolakan secara mutlak terhadap dasar penipuan fakta dan menolak tanggungjawab yang telah diberikan kepada pihak Israel.

Menteri Luar Israel, Katz meminta bantuan dari UK dan Jerman untuk memujuk Mesir membuka semula persimpangan Rafah untuk membolehkan penghantaran berterusan bantuan kemanusiaan antarabangsa kepada Gaza.

Katanya lagi, peranan Mesir merupakan kunci penting bagi mencegah krisis kemanusiaan di Gaza yang semakin melarat.

Namun, Mesir masih mendesak supaya Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas malapetaka kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Shoukry mendedahkan bahawa kawalan Israel di sempadan Rafah mendedahkan pekerja bantuan dan pemandu trak kepada bahaya apabila ingin masuk ke Gaza. Ia adalah sebab utama ketidakupayaan mereka menghantar bantuan pada lintasan tersebut.

Ketua PBB, Antonio Guterres berkata beliau terkejut dengan peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah. Jurucakapnya berkata peningkatan itu akan terus menghalang akses kemanusiaan dan memburukkan lagi keadaan yang sudah teruk.

Sejak tentera Israel berpindah ke timur Rafah, titik persimpangan bantuan dari Mesir kekal ditutup dan persimpangan Kerem Shalom yang berdekatan tidak mempunyai akses selamat dan lancar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat