Krisis Kredit Waktu Terbaik Untuk Beli BTC & Emas – Novogratz

766

“Yakinnya Michael Novogratz ni, macam mana kalau tiba-tiba itu bukan waktu yang ok?”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital, Michael Novogratz berkata dengan yakinnya bahawa kini adalah masa sesuai untuk membeli Bitcoin (BTC), emas dan perak susulan Amerika Syarikat (AS) sedang menuju kepada “credit crunch”*.

*Pengurangan mendadak dalam ketersediaan wang atau kredit daripada bank dan pemberi pinjaman lain.

Bank biasanya membina semula modal dengan memberi pinjaman kurang dan perkara ini membawa makna krisis kredit akan berlaku , ulas Novogratz sambil turut menyebut pasaran komoditi sudah menunjukkan kemelesetan.

Sementara Silvergate Bank, Signature Bank dan Silicon Valley Bank (SVB) yang mengalami keruntuhan dalam waktu serentak telah menjadi penyebab industri perbankan Amerika Syarikat (AS) meleset pada bulan ini.

Keputusan Federal Reserve (Fed) AS juga dilihat semakin berkecamuk dan memerlukan pengurangan kenaikan kadar faedah susulan menjadi punca utama krisis yang sedang melanda sekarang ini.

Di samping ramalannya tentang kesukaran yang akan dihadapi ekonomi AS pada masa hadapan, Novogratz berpendapat harga kripto akan melonjak tinggi semasa kerajaan bertindak mencetak terlalu banyak wang.

Setakat penulisan ini, harga BTC berjaya melepasi paras $26,000 pada dua hari lepas namun kini susut semula sebanyak 0.81% pada $24,604 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran benrilai $476 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat