Krisis Multichain Merebak Seluruh Pasaran, Kripto Ini Paling Terluka!

328

“Harapnya masalah dapat selesai secepat mungkin, kesian yang lain pula jadi mangsa.”

Sudah diketahui Multichain adalah salah satu bridge blockchain terbesar dalam ruang mata wang kripto yang memudahkan pertukaran token merentasi pelbagai blockchain, antara platform yang menggunakannya adalah Binance Chain, Polygon, Avalanche dan Ethereum.

Namun, baru-baru ini dikejutkan berita mengenai protokol Multichain yang memegang pelbagai aset digital bernilai $1.8 bilion telah dituduh menipu pengguna selepas mengumumkan beberapa laluan cross-chain tidak tersedia susulan force majeure*.

*Klausa kontrak yang menghapuskan liabiliti untuk bencana, kejadian tidak dijangka yang menghalang peserta daripada memenuhi kewajipan

Walaupun Multichain berkata bahawa mereka sedang berada dalam proses mendapatkan semula rantaian dalam talian, pasukannya tidak mendedahkan tarikh khusus berhubung bila operasi biasa akan disambung kembali.

Rentetan itu, blockchain Fantom didapati paling terkesan apabila mengalami kerugian sebanyak 36.7% selepas insiden rug-pull di protokol Multichain telah menghantar kejutan di seluruh pasaran kripto dalam sekelip mata.

Isu tersebut juga semakin besar apabila pihak berkuasa China bertindak menahan ahli pasukan Multichain ditambah pula penguatkuasaan undang-undang mengawal wallet itu.

Meskipun begitu, Fantom menyatakan bahawa Multichain akan beroperasi seperti biasa memandangkan kebimbangan mengenai krisis protokol tersebut telah merebak ke seluruh pasaran kripto.

Sehingga 24 Mei 2023, Yayasan Fantom turut mengeluarkan dananya sebanyak $2.4 juta daripada liquidity pool di Sushiswap sebagai sebahagian daripada langkah berhati-hati berhubung situasi Multichain.

Selepas mengalami penurunan sebanyak 10.70% sehingga mencecah di bawah paras $0.31, harga FTM yang diasaskan oleh Fantom akhirnya pulih sedikit pada $0.33 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $925 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat