Kuasa Besar Dunia Perkasa Senjata Nuklear, Perang Semakin Hampir?

484

‘Perang dunia akan bermula dengan ledakan nuklear.’

Rentetan daripada siri krisis geopolitik yang berlaku pada tahun ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa perlumbaan senjata berpaksikan kuasa nuklear dilihat semakin pesat.

Isu ini diketengahkan oleh Setiausaha Agung PBB, António Guterres yang menggariskan bahawa kerajaan-kerajaan dunia dilihat membelanjakan ratusan bilion dolar dalam menaik taraf simpanan senjata nuklear mereka.

Ulas satu kenyataan rasmi PBB bertajuk ‘My Message from Hiroshima’, setakat ini terdapat hampir 13,000 senjata nuklear dalam simpanan di seluruh dunia.

Umumnya, terdapat beberapa siri krisis geopolitik yang berlaku pada tahun ini sehingga merebakkan berita pemerkasaan senjata nuklear di seluruh dunia.

Bermula dengan krisis Rusia-Ukraine, berita di semenanjung Korea, isu berlarutan di Timur Tengah dan lawatan ahli speaker Amerika Syarikat (AS) yang berdegil untuk ke Taiwan walaupun menerima amaran keras oleh China.

Lantaran itu, Guterres tidak menolak kemungkinan bahawa andai berlaku satu kesilapan atau satu salah faham mahupun satu salah perhitungan sahaja sudah mencukupi untuk dunia bakal memulakan perang besar-besaran.

Atas sebab tersebut beliau menyarankan pemimpin-pemimpin dunia untuk ‘berhenti mengetuk pintu hari kiamat’ dan mengabaikan nuklear daripada pilihan senjata.

Beliau juga menegaskan supaya negara-negara dengan kuasa nuklear komited untuk tidak menggunakan senjata nuklear sebagai pilihan ‘pertama’ andai berlaku sesuatu krisis.

Selain itu, PBB dilihat menyarankan supaya setiap negara membuka ruang dialog, diplomasi dan rundingan dalam membincangkan sesuatu krisis berbanding bergantung kepada kuasa senjata pemusnah yang boleh membawa maut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat