Lagi Kes Peserta Jatuh Sakit, J&J Kena Henti Ujian Vaksin

570

Johnson & Johnson (J&J) mengesahkan pada Isnin bahawa ia telah menghentikan sementara ujian klinikal bagi vaksin Covid-19 yang berpotensi setelah salah seorang daripada peserta didapati mengalami penyakit yang tidak dapat dijelaskan.

Sebuah dokumen yang diperoleh oleh laman web berita perubatan STAT, mendedahkan bahawa sistem dalam talian syarikat yang digunakan untuk mendaftarkan pesakit dalam ujian tahap ketiga itu telah ditutup.

Selain itu, kes tersebut juga kini dikaji dan dinilai oleh lembaga pemantau data dan keselamatan iaitu sebuah badan jawatankuasa bebas yang mengawasi keselamatan pesakit dalam ujian klinikal.

Walau bagaimanapun, J&J dalam kenyataan terbarunya mengatakan penghentian sementara adalah normal dan ia sememangnya sudah dijangka, terutamanya dalam ujian besar sebegini. Malah, semua ujian klinikal yang dilakukan oleh syarikat itu juga mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan.

Tindakan terbaru J&J ini mengingatkan kita kepada langkah sama yang diambil oleh AstraZeneca Plc pada bulan lalu, di mana ia menghentikan ujian klinikal peringkat akhir vaksin disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh peserta kajian di UK.

Walaupun ujian di UK, Brazil, Afrika Selatan dan India telah disambung semula, namun di Amerika Syarikat, ia masih ditangguhkan sementara menunggu kajian peraturan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat