Lagi, Lagi dan Lagi! Emas Terus Melemah

2,520

Dagangan emas terus susut lebih rendah pada awal minggu pada paras terendah dua minggu yang disentuh pada sesi sebelumnya, dilemahkan oleh pengukuhan US dolar dan hasil bon AS yang berterusan.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan menyusut pada $1,925 per auns, dengan niaga hadapan emas pula suram pada $1,926 per auns.

Raja mata wang US dolar kekal mengukuh di paras tertinggi dua tahun terbaharu yang dicapainya pada Jumaat, sementara hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula sedikit menurun dari paras tertinggi pada 2.86%.

Emas telah jatuh dengan ketara sejak Federal Reserve (Fed) memberi isyarat untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif dan turut melemahkan mata wang utama lain.

Bagaimanapun, ketidakpastian dalam konflik Ukraine dan Rusia yang masih berterusan membantu emas daripada susut lebih rendah.

Dalam perkembangan terbaharu Ukraine akan meminta Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin untuk mendapatkan senjata lebih berkuasaa pada Ahad ketika serangan Rusia ke atasnya memasuki bulan ketiga,

Sementara itu, pasaran saham AS kekal terjejas di tengah-tengah ketidakpastian ini dan Fed yang hawkish, dengan tumpuan pelabur terarah kepada penerbitan laporan pendapatan korporat minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat