Lain Dari Yang Lain, Kadar Faedah Turki Turun 150 Mata Asas!

207

Bank pusat Turki sekali lagi mengambil langkah ‘agresif’ dalam menurunkan kadar faedahnya sebelum memutuskan untuk menamatkan kitaran pelonggaran dasar monetarinya berikutan peningkatan risiko inflasi.

Bank Pusat Republik Turki (CBRT) telah berada di bawah tekanan yang konsisten daripada Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk terus menurunkan kadar walaupun inflasi melambung.

Inflasi di negara itu mencecah rekod tertinggi dengan meningkat 85.5% tahun ke tahun pada bulan Oktober di tengah-tengah peningkatan harga makanan dan tenaga yang berterusan.

Dengan menyahut gesaan Erdogan untuk mengurangkan kadar faedah sehingga satu angka menjelang akhir tahun ini, bank pusat itu menurunkan kadar sebanyak 150 mata asas kepada 9%.

Memetik kenyataan bank pusat susulan keputusan tersebut, para penggubal dasar menilai bahawa kadar semasa adalah mencukupi dan bersetuju untuk menghentikan kitaran pelonggaran.

CBRT kini menjalankan semakan semula rangka kerja dasarnya dengan memfokuskan pada ‘liraization’ dalam sistem kewangannya.

Sebelum keputusan terbaharu, bank pusat itu telah menurunkan kadar sebanyak 350 mata asas sejak Ogos dan berkemungkinan akan menamatkan tahun ini sebagai yang kedua tertinggi dalam G20 selepas Argentina.

Rentetan itu, mata wang lira susut lebih rendah berbanding US dolar dengan didagangkan pada 18.62 pada waktu penulisan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat