Lain Daripada Yang Lain! BOJ Tetap Kekalkan Kadar Faedah

358

Keputusan Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah menutup tirai bagi mesyuarat polisi oleh bank-bank pusat utama pada minggu ini.

Pendirian dovish BOJ nyata sangat berbeza dengan Federal Reserve AS dan Bank Pusat Engaland (BOE) yang menaikkan kadar faedah pada minggu ini untuk memerangi tekanan inflasi.

BOJ mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah -0.10% dan sasara hasil bon 10 tahun pada sekitar 0% seperti dijangkakan secara meluas oleh pasaran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas keputusan tersebut, BOJ mengatakan ekonomi Jepun meningkat mengikut trend.

Komen ini dilihat kurang optimis berbanding mesyuarat terdahulu pada Januari, di mana bank pusat mengatakan ekonomi menunjukkan tanda peningkatan yang lebih jelas.

Selain itu, BOJ turut memberi amaran mengenai risiko baharu yang ditimbulkan oleh krisis Ukraine-Rusia dengan mengatakan ia boleh menjejaskan kestabilan pasaran kewangan dan mendorong lonjakan mendadak kos bahan mentah.

Walaupun infasi dilihat akan menghampiri atau melebihi sasaran 2% dalam beberapa bulan akan datang, BOJ tidak berminat untuk menarik balik rangsangannya kerana melihat kenaikan harga disebabkan tenaga sebagai sementara.

Data terbaharu inflasi Jepun yang diterbitkan pada sesi Asia menunjukkan harga pengguna berada di bawah sasaran bank pusat dengan kenaikan 0.6% tahun ke tahun pada Februari. Namun, angka yang dicatatkan ini merupakan peningkatan terpantas dalam tempoh dua tahun.

Pertumbuhan ekonomi ketiga terbesar dunia itu diramalkan terhenti pada suku semasa berikutan gangguan bekalan dan pengekangan Covid-19 menyebabkan pengeluaran dan penggunaan terbantut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat