Fed Naikkan Kadar Faedah, Beri Isyarat Untuk Bertindak Lebih Agresif!

1,800

Buat pertama kali sejak tahun 2018, Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% sekali gus menepati jangkaan pasaran secara meluas.

Selain itu, bank pusat AS juga memberi isyarat untuk 6 kenaikan kadar faedah pada tahun ini, di mana kadar Dana Fed pula dilihat berada pada median 1.9% akhir tahun ini dan 2.8% penghujung 2024.

Susulan daripada keputusan tersebut, Pengerusi Jerome Powell memberitahu dalam sidang media bahawa ekonomi cukup kukuh untuk melaksanakan kenaikan kadar dan mengekalkan pertumbuhan semasa dalam pasaran buruh.

Di samping itu, beliau juga menekankan bahawa bank pusat kini perlu menumpukan kepada membataskan kesan kenaikan harga kepada isi rumah di Amerika.

Walaupun dengan tindakan terbarunya itu, tetapi inflasi dijangka kekal melebihi sasaran 2% Fed sehingga menjelang tahun 2024 dan Powell mengatakan penggubal dasar tidak akan teragak-agak untuk menaikkan kadar lebih agresif jika mereka tidak melihat sebarang kemajuan.

“Setiap mesyuarat adalah pertemuan langsung untuk peningkatan kadar”, kata Powell sambil menekankan Fed boleh melaksanakan lebih banyak kenaikan dengan turut mengurangkan pegangan besar bonnya.

Dalam pada itu, Fed turut menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi AS untuk tahun 2022 kepada 2.8% daripada unjuran sebelumnya pada Disember sebanyak 4% setelah mereka mula menganalisis risiko baharu yang dihadapi ekonomi global.

Menurut Fed, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menimbulkan ketidakpastian baharu terhadap AS yang mewujudkan tekanan kenaikan inflasi jangka pendek dan membebankan aktiviti ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat