Laku Keras! NFT Baharu Trump Licin Dijual Pada Hari Pertama!

1,762

“Tak sangka NFT Trump ni dapat sambutan hangat juga eh.”

Sehari selepas pelancaran awalnya, koleksi kedua non-fungible token (NFT) yang melesenkan nama dan imej bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah habis dijual dalam sekelip mata pada 19 April 2023.

Koleksi NFT tersebut yang menampilkan 47,000 unit berharga $99 setiap satu telah berjaya menghasilkan lebih $4.65 juta manakala koleksi “Trump Digital Trading Cards Series 2” di Opensea capai 750 ETH dalam volum dagangan.

Secara konteks, NFT Trump telah menggunakan nama, rupa dan imej bekas presiden tersebut di bawah lesen berbayar, oleh itu Trump ataupun The Trump Organization sama sekali tidak punyai kuasa untuk miliki, mengurus atau mengawalnya.

Suka dimaklumkan bahawa individu dapat tiket untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gala bersama Trump di Florida Selatan sekiranya beli 47 Digital Trading Cards atau 100 kad melalui kripto.

Namun, pembelian NFT melalui kad kredit dan Wrapped Ethereum (wETH) turut dibenarkan dan pengguna yang berhasrat menerima koleksi digital tersebut boleh mengaplikasikan wallet Torus semasa pembayaran.

Selain minted pada blockchain Polygon dan direka oleh artis Clark Mitchell, pembangun mendedahkan bahawa setiap NFT Autographed Card telah ditandatangani secara digital oleh Trump namun ia tiada kaitan dengan kempen politik.

Walaupun juri besar Manhattan pada 31 Mac tahun lepas mendakwa bekas presiden tersebut atas kesalahan penipuan perniagaan, harga NFT Siri 1 Trump yang dilancarkan pada Disember 2022 telah melonjak tinggi melebihi floor price.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat