Lama Berdiam Diri, Kenapa SUI Tiba-Tiba Meninggi 300%?

229

“Fulamak harga SUI naik tinggi gila kot, mesti ramai yang tertinggal bas kan?”

Di tengah-tengah dakwaan manipulasi bekalan daripada pengawal selia Korea Selatan, harga SUI yang merupakan token diasaskan platform kontrak pintar layer-1 Sui berjaya mendaki 300% dalam masa tiga bulan bagi mencapai $1.44 pada 15 Januari 2024.

SUI telah mendapat manfaat daripada momentum kenaikan harga baru-baru ini yang dilihat di seluruh pasaran lebih luas sehingga menyebabkan jumlah dagangannya melepasi $950 juta pada 13 Januari 2024.

Mengakui pertumbuhan dalam jumlah nilai terkunci (TVL) SUI, Pengarah Urusan Sui Foundation Greg Siourounis berkata $300 juta dalam TVL adalah salah satu peristiwa penting yang menandakan peningkatan lebih 2,000% sejak Ogos 2023.

Beberapa bulan selepas pelancaran mainnet, SUI juga menarik beberapa projek baharu dan Solend iaitu protokol pinjaman utama pada Solana (SOL) yang baru sahaja mengumumkan rancangan untuk berkembang ke SUI.

Suka dimaklumkan kenaikan harga SUI terus menarik para pedagang dan penganalisis pasaran kripto Cryptolaxy untuk melabur dalam aset digital tersebut yang sudah sekian lama berlegar-legar di bawah $1.

Menerusi pemerhatian, SUI perlu melepasi zon rintangan seterusnya pada $1.40 atau $1.44 untuk meneruskan kenaikan sehingga $1.60 dan $1.70 tetapi jika gagal maka harganya boleh buat pullback semula pada $1 mahupun $0.80.

Hal ini kerana SUI telah menyaksikan pembelian secara besar-besaran dan ini membawa makna correction boleh berlaku dalam beberapa hari akan datang susulan pelabur mungkin ingin mengambil keuntungan.

Pada masa ini, harga SUI merekodkan junaman sedikit kira-kira 7.90% pada paras $1.28 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion tetapi masih menggunung 59.64% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat