Lambakan Wang Kripto Tersungkur Lebih 40%, BTC Tenggelam Di Bawah $29,000 Menyentuh Rekod 2020

6,954

Kecuali Terra (LUNA) dan TerraUSD (UST) yang kecundang kerana manipulasi pasaran, lambakan koin dan token kripto mencatatkan penyusutan parah!

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) gagal bertahan di paras $29,000 sepanjang pagi tadi sebelum menyentuh nilai $28,653, susut lebih 8% dalam 24 jam, rekod terendah sejak 2020.

Pada masa yang sama, altcoins seperti Fantom (FTM), eCash (XEC), Gala (GALA), The Graph (GRT), Waves (WAVES) telah susut lebih 40% dengan rekod masing-masing:

  • Fantom (FTM): $0.28 (-47.29%), terendah sejak Ogos 2021
  • eCash (XEC): $0.00003155 (-46.49%), terendah sejak Ogos 2021
  • Gala (GALA): $0.06164 (-42.86%), terendah sejak September 2021
  • The Graph (GRT): $01427 (-41.73%), terendah sejak Disember 2020
  • Waves (WAVES): $7.06 (-40.36%), terendah sejak Februari 2021

Manakala altcoins seperti Ethereum (ETH), XRP, Cardano (ADA), Solana (SOL), Dogecoin (DOGE), dan Shiba Inu (SHIB) mencatatkan pergerakan yang negatif, susut sekitar 15%-30%.

  • Ethereum (ETH): $1,986 (-15.89%), terendah sejak Julai 2021
  • XRP: $0.38 (-25.55%), terendah sejak Februari 2021
  • Cardano (ADA): $0.45 (-28.09%), terendah sejak Februari 2021
  • Solana (SOL): $45.35 (-31.74%), terendah sejak Ogos 2021
  • Dogecoin (DOGE): $0.07995 (-26.87%), terendah sejak April 2021
  • Shiba Inu (SHIB): $0.0000113 (-30.87%), terendah sejak Oktober 2021

Sebagai rekod, jumlah kecairan aset kripto telah meningkat sehingga $1.05 bilion dalam tempoh 24 jam dengan rekod tertinggi daripada platform pertukaran Okex dan Binance.

Bitcoin mencatatkan jumlah kecairan tertinggi sebanyak $276.04 juta, diikuti dengan ether ($263.34 juta).

Penganalisis menyifatkan sentimen negatif pasaran kripto masih belum berakhir dan lebih tinggi penyusutan akan berlaku. Runtuhan ini secara jelasnya berpunca daripada pengumuman kadar faedah yang diumumkan oleh Federal Reserve (The Fed) tempoh hari.

Pelabur kripto diminta untuk berjaga-jaga untuk tidak terhantuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat