OPEC mengeluarkan isyarat hari ini bahawa masalah lebihan minyak berjaya dikurangkan menjelang 2017 berikutan kesungguhan kumpulan pengeluar utama minyak dunia dalam membendung masalah lebihan output.
Bagi bulan pertama perlaksaan perjanjian, OPEC menunjukkan tanda-tanda positif terhadap jumlah inventori buat kali yang pertama sejak tahun 2001.
Menurut laporan yang dikeluarkan OPEC, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum tidak termasuk Indonesia mengepam hamper 33.085 juta tong sehari bulan lepas. Perangkaan yang dikumpulkan dari sumber sekunder ini menunjukkan penurunan sebanyak 221,000 tong bagi bulan November.
Angka yang direkod oleh OPEC bagi bulan November merupakan jumlah stok simpanan yang paling tinggi sejak tahun 2008 lagi.
Selain melaporkan pengurangan output, OPEC juga mengurangkan unjuran bekalan minyak mentah bagi tahun 2017 oleh non-OPEC termasuk Russia.
OPEC meramalkan bahawa bekalan yang disalurkan oleh non-OPEC meningkat sebanyak 120,000 tong sehari tahun ini, kurang dari jangkaan sebanyak 300,000 tong bulan lalu, walaupun AS menambah pengeluaran minyak mereka.