Data Pekerjaan UK Positif, Pendapatan Meningkat

34

Data pekerjaan UK yang terbaru, merekodkan pengurangan dalam jumlah pengangguran dengan ‘Claimant count‘ berkurangan sebanyak 10,100 pada Disember berbanding jangkaan pasaran kenaikan 2,500.

Kadar pengangguran masih lagi berada di paras 4.8% pada bulan sama yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Namun begitu, pengangguran berkurangan sebanyak 9,000 dalam masa tiga bulan terakhir setakat ini.

Manakala data purata pendapatan (Average earning) meningkat 2.8% dari tahun lepas 2.6% berbanding jangkaan pasaran di paras 2.6%. Jika tidak mengambil kira imbuhan (bonus) data ini hanya naik 2.7%.

Peningkatan pendapatan kali ini, merupakan yang tertinggi sejak November 2015. Data pendapatan begitu penting bagi pihak bank pusat. Sebelum ini Sounders sebagai ahli MPC di BoE menyatakan, data pendapatan merupakan elemen penting dalam polisi BoE.

Purata pendapatan dalam kadar ini dijangka tidak akan memberi kesan yang signifikan kepada peningkatan inflasi. Peningkatan mendadak dalam gaji di UK akan meningkatkan kebimbangan terhadap kesan inflasi berterusan dan boleh menyebabkan BoE mengetatkan polisi monetari.

Walaubagaimanapun, pengukuhan dalam elemen gaji/pendapatan ini akan menyokong kepada pengukuhan perbelanjaan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat