Laporan Kenaikan Kadar Langsung Tidak Mematahkan Semangat Emas!

47

Harga emas terbang dalam sesi Asia sambil mengenepikan kenaikan kadar oleh Fed awal pagi tadi. Fed juga mengumumkan unjuran kenaikan sebanyak dua kali lagi tahun ini.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 1.65 peratus kepada $1,220.55 satu troy ounce.

Awal pagi tadi, Fed menepati sasaran aal pasaran apabila meningkatkan kadar sebanyak 0.25 peratus pada Rabu sekali gus mencatatkan peningkatan Fed Funds tertinggi sejak Oktober 2008 dengan dua hingga tiga kali lagi unjuran pada tahun ini.

Fed dijangka akan menaikkan kadar secara beransur-ansur seiring dengan perkembangan keadaan ekonomi semasa.

Dalam sidang media selepas Fed menaikkan kadar, Janet Yellen mengatakan bahawa bank pusat AS akan mengekalkan dasar monetari akomodatif bagi menyokong ekonomi AS namun bukan dalam tempoh yang lama. Perkara ini bagi mengelakkan situasi yang memaksa Fed untuk menaikkan kadar dengan terlalu terburu-buru.

Laporan Positif Dari EIA Membantu Pengukuhan Minyak Mentah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat