Laporan Pekerjaan Australia Yang Kukuh Belum Cukup Untuk Cetuskan Lonjakan AUD/USD

206

Gelora pasaran terus bersambung pada sesi Asia pagi ini selepas persoalan tentang keputusan Federal Reserve (Fed) untuk pengetatan dasarnya terjawab pada mesyuarat polisi awal pagi ini.

US dolar pamerkan pengukuhan hanya sementara di awal reaksi pasaran selepas mesyuarat FOMC, namun menyusut semula sehingga ke penghujung sesi New York.

Mata wang dolar Australia pula menjadi tumpuan pada sesi Asia dengan data ekonomi tumpuan menjadi penilaian pelabur.

Selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan Australia diterbitkan pada awal sesi, tumpuan lebih utama terarah pada laporan data pekerjaan Australia untuk bulan November.

Pertambahan pekerjaan meningkat kepada 366,100 lebih tinggi berbanding jangkaan 203,000 selepas catatan bulan sebelumnya menyaksikan ekonomi Australia kehilangan 56,000 pekerjaan pada laporan yang telah dikemaskini.

Lebih positif, kadar pengangguran susut lebih rendah kepada 4.6% berbanding jangkaan menurun 5.0%, daripada 5.2% pada bulan sebelumnya.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah melonjak dari zon sokongan 0.71100-0.71000 selepas mengujinya ketika mesyuarat FOMC sebelum melonjak semula sekitar 80 pips.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, kenaikan harga dilihat menguji zon rintangan 0.71800 namun gagal untuk menembusinya selepas reaksi suram dolar Australia selepas laporan pekerjaan diterbitkan.

Namun dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Eropah kembali menunjukkan peningkatan semula harga untuk menguji zon rintangan tersebut sekali lagi.

Jika rintangan tersebut masih kebal untuk ditembusi, berkemungkinan pelabur akan melihat harga membuat penurunan semula dengan jangkaan untuk US dolar kembali pamer pengukuhan semula.

Penurunan akan kembali menguji zon sokongan 0.71000 sebelum beri isyarat trend bearish yang lebih jelas untuk mensasarkan penurunan menuju sehingga zon 0.70000.

Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya tembusi zon rintangan 0.71800, kenaikan lebih tinggi dilihat akan ke paras ketinggian 0.72300 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat