Laporan Pekerjaan New Zealand Lonjakkan NZD/USD Di Sesi Asia

203

Sentimen berisiko pasaran yang didorong oleh kejatuhan saham-saham teknologi pada pasaran saham Amerika Syarikat (AS) telah memberi tekanan terhadap mata wang komoditi seperti dolar New Zealand dan Aussie.

Namun, dolar New Zealand berjaya catatkan peningkatan pada awal dagangan sesi Asia pagi ini berikutan laporan data pekerjaan New Zealand diterbitkan positif.

Pertambahan pekerjaan meningkat dua kali ganda berbanding unjuran sementara kadar pengangguran menurun lebih rendah berbanding jangkaan.

Dolar NZD telah kembali kukuh semula berbanding US dolar selepas laporan diterbitkan, berbeza dengan situasi pergerakan harga pada sesi sebelumnya.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD, harga pamerkan penurunan harian sekitar 90 pips sehingga ke paras 0.71200 selepas corak kenaikan harga pada awal minggu gagal dikekalkan.

Pada sesi Asia pagi ini, harga meningkat semula ke paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa jam pergerakan harga namun momentum tersebut perlahan menuju pembukaan sesi Eropah.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, harga berkemungkinan akan menuju semula ke paras rintangan sekitar 0.72400 dan ketinggian yang dicapai minggu lalu sekitar 0.72800.

Namun, jika US dolar berterusan kukuh, harga bakal jatuh lebih rendah menyambung trend bearish yang terbentuk sejak penghujung minggu lalu.

Penurunan harga yang melepasi paras terendah harian semalam dilihat akan ke paras sokongan 0.70700 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat