Lelong, Lelong! Menara TM Dijual! Siapa Yang Beli?

20,140

Biasanya jual saham, ni jual bangunan terus! Ada yang berminat nak beli tak?

Menara Telekom Malaysia Bhd atau Menara TM telah dijual pada tanda harga yang tidak dinyatakan.

Menurut iklan yang dipaparkan dalam StarBiz bertarikh 9 Febuari, penjualan menara tersebut dijalankan melalui ekspresi minat dan tarikh tutup jualan peringkat pertama adalah pada 18 Mac pada jam 12 tengahari.

Sejarah ringkas, menara 55 tingkat yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur tersebut direka oleh Hijjas Kasturi Associate dan siap pada 2001. Ia menelan belanja sebanyak US$160 juta pada ketika itu dan dibangunkan oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd.

Menara TM tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 2003 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammed dan ia berfungsi sebagai ibu pejabat TM selain memegang status MSC, simbol perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat