Lens Protocol, Pesaing Twitter & Facebook Akhirnya Dilancarkan!

760

Masih ingatkah anda terhadap dakwaan CEO Aave, Stani Kulechov yang mengaku dirinya sebagai CEO interim Twitter pada hujung April?

Disebabkan itu, akaunnya ditutup serta-merta.

Terbaharu, Kulechov dan pasukan Aave telah melancarkan platform yang dikenali sebagai Lens Protocol di Polygon untuk pembangunan media sosial desentralisasi.

Sejak pengumuman pertama projek ini pada awal Februari, sebanyak 50 aplikasi telah dibangunkan di Lens Protocol, antaranya: Lenster, Lens Booster, SpamDAO, GoldenCircle, PeerStream, Swapify, Social Link, Lensfrens, Phaver, Iris, Clipto, Zilly, dan lain

Boleh dikatakan Lens Protocol akan ‘melahirkan’ pesaing Twitter dan Facebook, lagi-lagi mereka menawarkan ciri unik iaitu pengikut, komuniti, dan kandungan pengguna sentiasa terhubung dengan profil mereka yang hadir dalam bentuk non-fungible token (NFT).

Lens Protocol sudah mara ke depan dengan teknologi berasaskan blockchain yang boleh mengesahkan identiti, menghalang spam, dan menawarkan sistem terbuka.

Secara tidak langsung, Lens Protocol memenuhi setiap kehendak pengasas Twitter, Jack Dorsey; dan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahukan platform media sosial bebas kawalan.

Sehingga ke hari ini, pembelian Twitter masih lagi belum jelas.

Difahamkan Musk mahu jumlah data akaun palsu dan spam dibentangkan secara terperinci. Jika rekodnya lebih daripada 5% pengguna, tidak seperti didakwa Twitter, ada potensi untuk pembelian ini terbatal.

Apa-apa pun, gerak-geri trilionair dunia ini sukar dijangka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat