Patutlah MATIC Meroket Tinggi! Projek Terbaru Aave ‘Lens’ Dilancarkan Di Polygon!

279

Ramai yang menantikan platform media sosial desentralisasi dengan mengikuti perkembangan ‘Bluesky’ Twitter tetapi Aave terlebih dahulu melancarkan protokol untuk penubuhan media sosial.

Difahamkan platform pinjaman kewangan desentralisasi (DeFi), Aave telah memperkenalkan Lens sebagai protokol media sosial yang serasi dengan Web3 dan bercirikan terbuka.

Pelancaran Lens juga bermakna mana-mana pembangun boleh menubuhkan platform media sosial termasuk pelancaran aplikasi baharu dan profil bebas pantauan.

Khabar mengujakan itu diumumkan semalam menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi, Lens Protocol.

Bagaimanapun, projek Aave telah pun memberi hint sejak 20 Januari, mengundang spekulasi dalam komunitinya.

Rupanya perjalanan kepada Lens telah pun bermula sejak awal 2021 sebelum dirasmikan semalam.

Difahamkan ciri profil non-fungible token (NFT) merupakan antara fungsi terawal utama yang diperkenalkan oleh protokol tersebut.

Pengguna bukan sahaja boleh memiliki pelbagai alamat untuk beberapa NFT tetapi juga berpeluang memiliki pelbagai profil NFT berdasarkan satu alamat; profil NFT boleh dikendalikan dan diuruskan oleh DAO melalui wallet serba pengesahan (multisig).

Lens bersiaran pada testnet Polygon Mumbai. Setakat ini masih belum dijelaskan bilakah ia akan bersiaran di mainnet.

Ketika penulisan, Aave (AAVE) mencatatkan lonjakan lebih 7%, didagangkan pada $184.87, dan Polygon (MATIC) meningkat hampir 18%, didagangkan pada $2.03 seunit.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat