Lepas Dah Meletup 100%, Adakah GALA Akan Sambung Meroket Lagi?

39

“Boleh ke harga nak naik lagi sebab dengar kata GALA macam tak jadi je nak bekerjasama dengan The Rock.”

Pasaran mata wang kripto yang semakin pulih turut berjaya memberi impak positif terhadap harga GALA susulan mendaki sebanyak 26% dalam tempoh 24 jam lalu dan 101% sepanjang minggu lepas dengan jumlah dagangan maju 81%.

Namun perlu diingatkan GALA melonjak secara ketara adalah berikutan daripada kemas kini Gala Games baru-baru ini.

Aset digital tersebut didapati menggunung hampir 70% mencapai paras tertingginya sejak 13 September pada harga $0.05 selepas memeterai perjanjian bersama pelakon popular Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai “The Rock” dan Mark Wahlberg.

Dilaporkan bahawa Gala Games berhasrat menerbitkan sebuah filem yang dilakonkan oleh kedua-kedua pelakon tersebut, namun pasukannya kini memadam semula kenyataan ditulisnya di akaun Twitter mereka.

Sementara setakat ini pula Gala Games mengumumkan kerjasamanya dengan platform permainan Play to Earn (P2E)*, Spider Tanks yang membolehkan para pemain memperoleh keuntungan secara mudah.

*Pemain mengumpul mata wang kripto atau non-fungible token (NFT) yang dihasilkan dalam permainan berasaskan blockchain

Perkembangan baharu ini yang memberi setiap pemain baharu 300 honors merupakan antara sebab harga GALA mampu meningkat tinggi.

Setakat penulisan ini, pergerakan harga GALA susut sedikit berlegar pada zon $0.04960 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasarannya sekitar $1.77 bilion dan volum dagangan pada $917 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat