Pergerakan pasaran pada pembukaan awal minggu semalam masih perlahan dengan pelabur meneliti data-data ekonomi utama yang bakal menghiasi pasaran sepanjang minggu ini.
Akan menjadi tumpuan adalah acara forum ECB di Sintra, Portugal akan melibatkan gabenor-gabenor bank pusat utama sebagai panel termasuk Jerome Powell (FED), Andrew Bailey (BOE), Kazuo Ueda (BOJ) dan Christine Lagarde sendiri.
Mata wang US dolar bergerak lesu pada Isnin semalam gagal memberi arah yang jelas kepada pelabur sehingga dagangan ke sesi New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pergerakan-usd-awal-minggu#t=0:00
Jika dilihatkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga hanya berlegar perlahan dalam julat 30 pips sahaja dengan bergerak di sekitar zon 1.09000 sepanjang semalam.
Kenaikan harga yang cuba dilakukan juga dilihat tertahan oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum mendatar dan menutup dagangan sesi New York sekitar 1.09050.
Pergerakan harga kekal perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan zon 1.09000 dilihat akan terus diuji.
Sekiranya terdapat isyarat jelas untuk pergerakan menaik harga, paras rintangan pada 1.10000 masih kekal sebagai sasaran untuk ditembusi setelah dicapai pada minggu lalu.
Harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu sekiranya melepasi 1.10000 dengan jangkaan menuju 1.10700 atau mencapai 1.12000.
Sebaliknya jika harga menjunam selepas ini, paras terendah dicecah minggu lalu sekitar 1.08500 akan menjadi paras terhampir untuk dituju dahulu.
Seterusnya, harga akan menyambung penurunan menuju zon tumpuan pada 1.08000 atau lebih rendah lagi jika US dolar telah mula paparkan pengukuhannya semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG