LHDN Sasar Kutipan Cukai Langsung RM115 Billion Tahun Ini

85

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mampu mencapai kutipan cukai langsung sebanyak RM115 Billion tahun ini. Namun dijangkakan kutipan ini akan turun sedikit disebabkan ketaktentuan ekonomi global.

Sasaran ini adalah hasil dari semakan semula oleh Kementerian Kewangan selepas mengambilkira beberapa faktor yang memberi kesan kepada pengurangan kutipan cukai ini. Antaranya ialah kejatuhan harga minyak dunia, faktor kejatuhan ringgit dan perubahan kepada polisi cukai.

Harga minyak pada masa ini berada pada US$50 setong berbanding US$100 dua tahun lepas dan sudah tentu pendapatan dari sektor minyak dan gas berkurang. Bukan sahaja Petronas yang mengalami kejatuhan pendapatan malah banyak lagi syarikat-syarikat di dalam sector ini yang mengalami nasib sama.

Kejatuhan ringgit pula telah dibincangkan di dalam artikel-artikel sebelum ini yang mana salah satu sebabnya adalah kejatuhan harga minyak. Tidak dinafikan juga faktor dalaman negara dan geopolitik menyumbang kepada susutnya nilai ringgit.

Setakat 30 September, LHDN telah membuat kutipan sebanyak RM84.028 billion yang bersamaan 73% dari sasaran RM 115 billion.

Dalam majlis yang sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong mengatakan kerajaan akan meneruskan dasar fiskal sedia ada agar berada pada kedudukan yang baik dan berkembang, di samping inisiatif untuk meningkatkan sumbangan pelaburan sektor swasta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat