Lihat Kesan Pergerakan GBP/USD Selepas Undi Percaya Terhadap PM Boris Johnson

160

US dolar pada dagangan awal minggu dilihat positif, disebabkan reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lepas .

Berdasarkan bacaan data NFP, pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan Mei catat angka lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan yang membuatkan mata wang USD bergerak lebih baik berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain di dalam pasaran.

Namun, kadar pengangguran dan purata pendapatan yang gagal mengatasi ramalan dilihat mengehadkan pengukuhan US dolar.

Sementara, mencuri tumpuan pada dagangan awal minggu apabila pelabur menyaksikan lonjakan nilai mata wang Pound yang ketara pada sesi Eropah semalam.

Menariknya, kenaikan harga yang berlaku semalam susulan reaksi pasaran terhadap undian percaya (confidence vote) yang telah dijalankan terhadap Perdana Menteri UK Boris Johnson .

Namun selepas keputusan undian diumumkan yang berpihak kepada PM Boris Johnson telah mengundang reaksi suram pada pergerakan harga dicarta pasangan mata wang GBP/USD .

Pada Jumaat lalu, harga pada carta GBP/USD telah membuat penurunan ke zon support 1.25000 selepas reaksi pada terbitan data pekerjaan NFP AS membuatkan US dolar sedikit mengukuh.

Namun bersambung pada dagangan awal minggu semalam harga dilihat telah membuat kenaikan semula susulan pengukuhan Pound menjelang keputusan undian percaya terhadap PM Boris Johnson.

Selepas kenaikan harian sekitar 100 pips dicatatkan mencapai paras ketinggian 1.25700 di sesi Eropah, harga dilihat membuat penurunan semula sehingga ke penghujung sesi New York.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Selasa ini, penurunan harga diteruskan kembali pada zon support 1.25000.

Sekiranya kenaikan harga berlaku semula, harga bakal membuat kenaikan dari zon support 1.25000 tersebut menuju ke zon 1.26000 untuk harga menguji zon rintangan itu.

Jika kenaikan harga diteruskan menembusi zon rintangan tersebut, sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada 1.27000 pula.

Sebaliknya jika harga meneruskan penurunan dibawah zon 1.25000, penurunan lanjut harga seterusnya dijangkakan bakal menuju ke zon tumpuan 1.24000.

Untuk penurunan lebih rendah, sasaran seterusnye adalah pada 1.22800 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat