Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (2 – 6 Julai)

619

Tumpuan utama pasaran pada minggu ini akan terus terarah kepada isu perdagangan global dan dijangka masih mempengaruhi sentimen. Amerika Syarikat dijangka akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap $34 billion produk China pada Jumaat.

Suku kedua tahun kewangan 2018 baru sahaja berakhir di mana pasaran matawang berakhir bercampur-campur dengan pengukuhan US dollar.

Walaupun pasaran masih bimbang dengan hubungan dagang global, tetapi ia sedikit reda pada minggu lalu apabila pendekatan Amerika dilihat lebih lembut terutamanya dalam dasar perlindungan teknologi mereka. White House mengumumkan pemerkasaan CFIUS iaitu satu jawatankuasa yang akan berhadapan dengan pelaburan China di negara itu.

Ada beberapa berita dan data penting yang patut kita beri perhatian pada minggu ini termasuk data pekerjaan NFP dan polisi monetari di Australia.

#1 Perkembangan Isu Perdagangan AS-China (Sepanjang Minggu)

Tariff 25% terhadap $34 billion produk China akan berkuat kuasa Jumaat ini dalam usaha Presiden Trump mengurangkan defisit dagangan dan melindungi harta intelek di Amerika Syarikat. China tidak hanya berdiam diri dan akan membalas balik dengan tariff pada kadar sama terhadap produk dari Amerika.

Minggu lalu Presiden China Xi Jinping juga telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk bersedia dengan perang dagang berskala besar. Hal ini diikuti dengan pendekatan Trump yang lebih lembut terhadap dasar perlindungan teknologi Amerika.

#2 Penetapan Polisi Monetari RBA (Selasa)

Polisi monetari terbaru Reserve Bank of Australia (RBA) akan diumumkan pada Selasa pukul 12.30 tengah hari. Bank pusat tidak pernah mengubah kadar faedah sejak hampir dua tahun yang lalu dan ia dijangka akan terus dikekalkan 1.50% pada Selasa.

#3 Indeks Sektor Bukan-Pembuatan AS (Khamis)

Ini adalah sektor ekonomi terpenting di Amerika Syarikat yang mewakili sejumlah besar daripada keseluruhan aktiviti ekonomi. Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 10 malam. Bacaan yang paling penting untuk dilihat adalah komponen indeks pekerjaan dan komponen harga kerana ia adalah antara petunjuk kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

#4 Minit Mesyuarat FOMC (Jumaat)

Minit mesyuarat FOMC kali ini akan dikeluarkan pada hari Jumaat pukul 2 pagi. The Fed sebelum ini telah menaikkan kadar faedah dengan komen yang lebih hawkish di mana pasaran melihat terdapat dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

#5 Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat)

Jumaat pertama setiap bulan adalah hari paling penting dalam ekonomi dunia kerana pengumuman laporan data pekerjaan Amerika Syarikat iaitu pentunjuk penting keadaan ekonomi terbesar dunia. Pasaran kali ini menjangka kadar gaji (Average Earnings) naik sebanyak 0.30%. Jumlah pekerjaan pula dijangka bertambah sebanyak 200,000 dengan kadar pengangguran kekal pada paras rendah 3.80%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat