Lima News Impak Tinggi Kepada Pasaran FOREX Minggu Ini (14 Ogos – 18 Ogos)

99

Pasaran kewangan global minggu ini akan memberi perhatian kepada minit mesyuarat FOMC di mana pelabur mahu mendapatkan isyarat lebih jelas dalam mesyuarat The Fed baru-baru ini.

Pemain-pemain pasaran juga akan meneliti data ekonomi US yang akan dikeluarkan khususnya data jualan runcit bulanan. Data UK seperti harga pengguna (CPI) juga akan menjadi perhatian pasaran Britain bagi mendapatkan petunjuk jelas tentang kesan Brexit kepada ekonomi.

Data penting China juga telah dikeluarkan pagi tadi yang menunjukkan prestasi semasa aktiviti ekonomi khususnya dari segi pengeluaran. Hal ini akan menjadi petunjuk kepada prestasi ekonomi global secara keseluruhan disebabkan China adalah ekonomi kedua terbesar dunia yang banyak bergantung kepada sektor pengeluaran.

1. Minit mesyuarat FOMC (Khamis)

Minit mesyuarat yang menunjukkan secara lanjut perbincangan dalam FOMC (Federal Open market Committee) ini akan dikeluarkan pada awal pagi Khamis. The Fed dalam mesyuarat 26 Julai mengekalkan kadar faedah dan dijangka akan mengurangkan pegangan bon dalam masa terdekat (relatively soon).

Bank pusat juga menyatakan kelemahan inflasi lebih jelas berbanding sebelum ini. Penjelasan ini dilihat akan menambah kepada jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini akan ditangguhkan. Ketika ini potensi kenaikan kadar faedah Disember yang ditunjukkan di pasaran hadapan jatuh ke paras 35%.

2. Data jualan runcit US (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 8.30 malam di mana pasaran menjangkakan kenaikan 0.4% (m/m) dari bulan ke bulan berbanding kejatuhan jualan sebelum itu sebanyak 0.2%.

Jualan runcti adalah penting kerana ia menunjukkan aktiviti perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat dalam satu tempoh tertentu. Ia juga dilihat sebagai proksi kepada pertumbuhan ekonomi di mana jika jualan runcit merekodkan prestasi negatif, ia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Untuk rekod jualan runcit di Amerika Syarikat mewakili 70% daripada pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara ini.

3. Data Inflasi UK (Selasa)

Data harga pengguna (CPI) untuk UK akan dikeluarkan pada Selasa pukul 4.30 petang. Penganalisis menjangka kenaikan 2.7% (y/y) dari tahun ke tahun.

Selain itu, UK juga akan mengeluarkan data pekerjaan bulanan dan data jualan runcit yang akan menjadi petunjuk penting prestasi perbelanjaan pengguna semasa di negara yang berhadapan Brexit ini.

4. Data pertumbuhan ekonomi Eropah suku kedua (Rabu)

Zon Eropah akan mengumumkan data pertumbuhan ekonomi suku kedua (q/q) pada Rabu pukul 5 petang yang akan menjadi pemangkin kepada matawang euro jika pertumbuhan melebihi jangkaan.

Pasaran menjangka kenaikan 0.6% pada suku kedua dari suku pertama di mana suku pertama juga merekod bacaan pertumbuhan 0.6%. Ini adalah data kajian semula, di mana bacaan awal juga telah merekod kenaikan 0.6%.

5. Pengeluaran industri China (Isnin)

Pengeluaran industri di China merekod kenaikan 6.4% pada Julai lebih rendah daripada jangkaan 7.1% pagi tadi. Ini dilihat sebagai prestasi yang perlahan berbanding bacaan Jun yang meningkat 7.6%.

Hal ini dilihat telah memberi kesan kepada matawang komoditi khususnya Aussie dolar pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat