Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

42

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Janet Yellen mengatakan The Fed merancang untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur. Hal ini bagi mengekalkan guna tenaga penuh (full-employment) dan mencapai sasaran inflasi 2 peratus tanpa membiarkan ekonomi menjadi ‘overheat‘ (terlalu panas).

Bank pusat tidak boleh bertindak dengan terlalu agresif kerana pendirian yang beransur-ansur adalah lebih baik agar ia bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

2) Pemimpin tertinggi Korea Selatan memberi amaran pada Selasa bahawa ‘provoke’ yang lebih besar akan berlaku dengan Korea Utara akan menjalankan ujian peluru berpandu lagi selepas ini.

Kini tentera Amerika dikerah ke Semenanjung Korea selepas AS menyerang Syria minggu lalu.

3)  Terdapat aliran modal ke dalam instrumen ‘safe haven‘ (safe-haven flow). Dengan penguatan Yen, dagangan Nikkei 225 hari ini susut sebanyak 0.6%.

JGP (Japanese Government Bond) Bon kerajaan Jepun mendapat sokongan dengan hasil bon 10-tahun berada di bawah 0.05% yang merupakan paras terendah sejak Januari 2017.

4) Harga minyak mentah dunia bergerak stabil dalam sesi dagangan Selasa dengan pelabur juga dilihat ‘mengambil untung sejak kenaikan berterusan dari minggu lalu.

Peningkatan permintaan yang kukuh dari AS menjelang musim panas juga merupakan faktor-faktor tambahan yang menyokong kenaikan harga minyak dalam sesi ini.

5) G7 bertemu dengan sekutunya dari Timur Tengah bagi berhadapan dengan Syria. Pasaran sedang meneliti risiko geopolitik ini di mana menteri luar G7 (negara kuasa dunia) dan sekutu di Timur Tengah mencari kata sepakat untuk berhadapan dengan Presiden Basahar Assad.

Ini menunjukkan tekanan kepada Vladimir Putin untuk menghentikan hubungan dengan Assad.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat