Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

51

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan memenangi referendum yang menjadi perhatian pasaran global. Referendum tersebut dibuat bagi meminda perlembagaan untuk memberikan beliau lebih kuasa. Erdogan mendapat undian sebanyak 51.3%. Kemenangan beliau memberikan kelegaan kepada pasaran dengan matawang Turki Lira melonjak 2.5 peratus.

2) Data ekonomi positif dari China memberikan sedikit keyakinan dalam pasaran global. Ekonomi China berkembang 1.3% pada suku pertama tahun ini dengan pertumbuhan tahunan mencecah 6.9% yang melebihi jangkaan 6.8%. Dalam data berlainan, pengeluaran perindustrian di China naik 7.6% pada Mac berbanding jangkaan 6.3%. Jualan runcit pula naik 10.9%.

3) Ujian peluru berpandu nuklear Korea Utara gagal. Korea Utara juga enggan memenuhi perjumpaan dengan wakil China termasuk Menteri Luar China bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak dengan US.

4) Pasaran ekuiti global didagang dengan perlahan berikutan ketegangan politik di semenanjung Korea. Dow Jones Shanghai ditutup rendan 0.62%, manakala Nikkei 225 susut 0.1%. Pasaran saham Eropah ditutup pada Isnin sempena cuti “Esther day” dan Wallstreet pula akan dibuka malam ini.

5) Minyak mentah global didagang rendah pada Isnin dengan pelabur US kembali ke pasaran hari ini selepas cuti Esther day. Minggu lalu Baker Hughes melaporkan penambahan jumlah pelantar yang menjadi kebimbangan kepada pemulihan pasaran selepas jatuh mendadak sejak 7 Mac. Namun sentimen terkini pelanjutan pemotongan bekalan dijangka akan terus menyokong pasaran ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat