Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

59

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Donald Trump telah memecat Pengarah FBI, James Comey yang terlibat dalam kes penyiasatan diantara kumpulan pentadbiran Donald Trump dan Russia telah diarahkan untuk meninggalkan pejabat sekali gus memadamkan tenaga matawang gergasi dalam sesi ini.

2) Saudi Aramco iaitu syarikat minyak kepunyaan Arab Saudi dikatakan akan mengurangkan bekalan minyak sebanyak 7 juta tong pada bulan Jun sebagai sebahagian daripada perjanjian OPEC untuk mengurangkan pengeluaran dan memotong jumlah eksport. Data API pada sesi Selasa menambah sentimen positif dalam pasaran ini dengan kemerosotan inventori sebanyak 5.79 juta di US minggu lalu.

3) Draghi sedang berucap berkaitan dengan polisi monetari di Parlimen Belanda. Pasaran akan terus memberi perhatian kepada retorik ECB walaupun mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 8 Jun. Dalam maklumat awal dari Draghi beliau berkata masih terlalu awal untuk mengatakan kejayaan rangsangan monetari ECB.

4) Ketiga-tiga indeks saham terbesar dunia susut 0.3% dalam sesi dagangan Selasa. S&P500 merosot selepas mencapai paras tertinggi pada Jumaat minggu lalu, manakala Nasdaq sekali lagi mencapai paras tertinggi terbaru naik 0.27%. Dow Jones susut 0.19% ditutup pada 20,972.62. Namun, pasaran saham Asia ditutup lebih tinggi dalam sesi Rabu walaupun prestasi kurang memberangsangkan di Wallstreet.

5) Komoditi emas melonjak selepas mencapai paras terendah lapan minggu lalu di 1215.00 dengan US dolar melemah selepas Trump memecat James Comey. Kini emas didagang lebih tinggi di sekitar 1223.00.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat