Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

60

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Theresa May mengatakan akan ada kesan buruk kepada Britain jika mereka gagal mendapat perjanjian yang baik dan tambahnya lima tahun akan datang adalah tempoh yang mencabar dalam sejarah Britain. May berkata demikian dalam kempen parti konservatif di hadapan penyokong-penyokong menjelang pilihanraya 8 Jun.

2) Lawatan Donald Turmp ke Arab Saudi akan menukuhkan lagi hubungan dua hala antara US dan Arab Saudi dalam memerangi pihak militan dan dari segi perdagangan, kata Menteri Luar Arab Saudi. Adel al-Jubeir berkata beliau menyokong polisi yang dibawa oleh Trump dalam isu Iran dan konflik Israel-Palestin.

3) Pelaburan luar ke Jerman berada pada paras sama dalam tempoh setahun pada 2016, walaupun ekonomi berkembang pada kadar terpantas sejak lima tahun lalu. Nilai projek stabil di paras 6.2 billion euro selepas mendapat hampir dua kali ganda dari nilai tersebut tahun lepas.

4) Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur walaupun Wallstreet melantun semula dari kerugian terbesar sejak lapan bulan lalu dalam sesi Rabu. ASX 200 susut 0.2% gagal mengekalkan keuntungan sesi awal disebabkan prestasi hambar kaunter perbankan dan cari gali. Nikkei 225 pula naik 0.1%, Shanghai Komposit susut 0.1% dan Hang Seng naik 0.2%.

5) Gbp/Usd mengalami ‘flash crash‘ dalam sesi Khamis yang menyaksikan pasangan matawang ini jatuh lebih dari 100 pip dalam masa 12 saat. Selepas sejam daripada itu US dolar pula tiba-tiba menguat yang disebabkan oleh video yang menunjukkan bekas Pengarah FBI berkata siasatan mereka tidak pernah diganggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat