Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

46

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York pukul sembilan malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • Bos Samsung, Lee Jae-Yong ditangkap kerana skandal rasuah. Naib Pengerusi dan ketua kepada pembuat telefon terbesar dunia ini berhadapan dengan dakwaan memberikan rasuah dan penyelewengan terhadap pembayaran yang dibuat Samsung kepada rakan rapat Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye.
  • Presiden Trump mengadakan sidang media yang agak tegang berlangsung selama 77 minit. Bagi 56 saat pertama sidang media berlangsung berfokus kepada pemilihan Alexander Acosta sebagai Menter Pekerjaan. Bagi 76 minit selebihnya pula, Trump seakan dalam peperangan bersama media dengan beliau cuba menenangkan skandal bersama Rusia yang semakin hangat ketika ini.
  • Saham Jepun susut pada Jumaat dengan kebimbangan pasaran kepada penguatan nilai Yen dan juga kelemahan kewangan di US dengan kejatuhan hasil-bon (bond-yileds) selepas komen ‘dovish’ oleh salah seorang pegawai tinggi The Fed. Nikkei menamatkan pasaran hari ini dengan kejatuhan 0.6% ke paras 19,234.62 mata.
  • Indeks utama saham di US juga ditutup rendah pada Khamis kecuali Dow-Jones yang mengakhiri lima hari pada rekod tertinggi. Dow Jones mengakhiri dagangan di paras 20,619.77 naik 0.04%, mankala S&P 500 jatuh 0.09% dan berakhir di paras 2,347.22. Nasdaq pula jatuh 0.08% ke 5,814.90.
  • Bekas Pengerusi The Federal Reserve, Alan Greenspan sekali lagi mempertahankan penggunaan emas dalam sistem monetari. Beliau berkata bahawa emas adalah matawang utama global dan hari ini jika kita ingin kembali kepada ‘piawaian emas’ ia akan menjadi satu tindakan yang terdesak. Jika kita masih menggunakan piawaian ini, kita tidak akan sampai kepada situasi seperti ini.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat