Liz Truss Punya Onar, BOE Yang Kena Tanggung!

188

Walaupun Perdana Menteri Liz Truss telah membatalkan hasratnya untuk melaksanakan pemotongan cukai besar-besaran, namun Bank of England (BOE) masih meneruskan sokongan tambahan kepada pasaran UK.

Hal ini kerana, impak daripada pengumuman kerajaan UK dua minggu lalu masih dirasai oleh pasaran yang telah menyaksikan kejatuhan mendadak mata wang pound ke paras terendah sepanjang masa.

Terbaharu, bank pusat itu mengumumkan peluasan operasi pembelian bon kecemasannya untuk memulihkan keadaan pasaran bon negara yang huru-hara.

BOE akan meluaskan pembelian bon kerajaan UK atau dikenali sebagai gilt, dengan membeli bon berkaitan inflasi (index-linked gilts)** sehingga £5 bilion setiap hari bermula Selasa sehingga Jumaat.

**Bon ini mempunyai kadar dan bayaran prinsipal yang dikaitkan dengan inflasi di mana pelabur menerima bayaran kupon yang berbeza-beza setiap enam bulan berdasarkan kadar inflasi.

Langkah ini menandakan peluasan kedua pakej penyelamatan luar biasa oleh BOE selepas ia meningkatkan had untuk pembelian bon hariannya pada Isnin yang akan berakhir pada Jumaat.

Dua minggu lalu, BOE mengumumkan campur tangan pertamanya selepas rancangan belanjawan yang didedahkan kerajaan UK telah membawa ‘malapetaka’ buat pasaran kewangan di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat