Loceng Amaran Kedengaran, Risiko Besar Menanti UK!

617

Britain berdepan dengan risiko besar menjelang musim sejuk akan datang berikutan kekurangan gas yang boleh menjejaskan bekalan elektrik.

Pengawal selia industri tenaga UK, Ofgem berkata disebabkan perang Rusia dan Ukraine terdapat risiko besar bahawa kekurangan gas boleh berlaku semasa musim sejuk 2022-23 di UK.

Ekoran itu, terdapat kemungkinan ia akan menghadapi ‘kecemasan bekalan gas’.

Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan bekalan terputus kepada stesen janakuasa yang menggunakan gas untuk menjana tenaga elektrik negara.

Sebagai rekod, stesen janakuasa gas menjana antara 40% dan 60% tenaga elektrik Britain.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia boleh menyebabkan pemadaman elektrik atau rumah dan perniagaan perlu mencatu tenaga pada musim sejuk ini.

Tambah Ofgem, musim sejuk ini berkemungkinan lebih mencabar berbanding musim sebelumnya kerana gangguan bekalan gas Rusia ke Eropah.

Namun, dalam situasi ini Britain berada dalam kedudukan yang baik dengan sedikit import langsung gas dari Rusia.

Sungguhpun begitu, UK perlu bersedia untuk sebarang senario yang bakal berlaku pada musim sejuk akan datang, kata Ofgem.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat