Logam Berharga Meneruskan Prestasi Bertenaga!

55

Harga emas meningkat dalam sesi Asia sementara mesyuarat dari bank-bank pusat mendominasi sentimen dalam minggu ini.

Di Comex, dagangan emas meningkat sebanyak 0.31 peratus kepada $1,205.15 satu troy ounce. Selain emas, silver futures juga didagang meningkat sebanyak 0.73 peratus sementara copper futures didagang pada 3.7 peratus.

Minggu lepas menyaksikan dagangan emas yang agak rendah bagi sesi kesembilan berturut-turut pada hari Jumaat selepas data yang agak positif dari Jabatan Buruh AS telah menyokong prospek kenaikan kadar minggu ini.

Ekonomi AS dilaporkan telah menambah sebanyak 235,000 pekerjaan bagi bulan Februari gara-gara sektor pembinaan yang telah mencatatkan keuntungan terbesar dalam tempoh 10 tahun.

Namun begitu, purata pendapatan setiap jam meningkat di bawah jangkaan.

Menurut Fed Rate Monitor Tools, jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar sedikit berubah selepas laporan tersebut dikeluarkan. Namun begitu, pasaran kekal dengan jangkaan bahawa Fed akan menaikkan kadar minggu depan dan dua kali lagi pada tahun 2017.

 

Laporan Ekonomi yang Agak Suram Dari Jepun Melemahkan Pergerakan Yen

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat