Laporan Ekonomi yang Agak Suram Dari Jepun Melemahkan Pergerakan Yen

58

Yen melemah dalam sesi Asia pada Isnin selepas data core machinery orders dicatat melemah dari jangkaan awal. Dalam masa yang sama, pasaran juga menantikan pengumuman rasmi dari Britain mengenai rancangan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah secara rasmi yang akan dicetuskan penghujung bulan ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, kali terakhir dinilai merosot sebanyak 0.25 peratus kepada 101.13.

Di Jepun, data core machinery orders bagi bulan Januari menjunam sebanyak 8.2 peratus berbanding dengan penurunan sebanyak 3.3 peratus. USD/JPY meningkat sebanyak 0.05 peratus kepada 114.86 selepas data tersebut dikeluarkan.

USD/JPY, 30 minit

Selain itu, AUD/USD menjunam sebanyak 0.03 peratus kepada 0.7540, manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada 1.2172.

GBP/USD, 30 minit

Bagi sepanjang minggu ini, pasaran global dikatakan akan lebih sibuk dengan keputusan dasar dari Amerika Syarikat, Jepun, UK dan Switzerland. Sementara itu, para pelabur juga menantikan hasil dapatan daripada mesyuarat kumpulan G-20 yang berlangsung selama dua hari itu bagi mendapatkan petunjuk mengenai kekuatan ekonomi global dan hala tuju masa depan dasar monetari.

US Dollar mengakhiri minggu dengan kejatuhan berbanding matawang utama yang lain selepas pertumbuhan gaji yang dikeluarkan pada Jumaat agak suram.

Ekonomi AS telah menambah kira-kira 235,000 pekerjaan pada bulan Februari berbanding bulan sebelumnya kerana sektor pembinaan mencatatkan keuntungan terbesar dalam tempoh hampir 10 tahun.

Dalam masa yang sama, Jabatan Buruh turut mengumumkan bahawa kadar pengangguran menjunam kepada 4.7 peratus berbanding 4.8 peratus.

Bagaimanapun, purata pendapatan setiap jam meningkat hanya sebanyak 0.2 peratus di bawah jangkaan.

Perdana Menteri Britain, Theresa May juga mengesahkan dalam satu sidang akhbar di Brussels bahawa beliau akan mencetuskan rundingan keluar dari Kesatuan Eropah bermula penghujung bulan ini.

Adakah Britain Sudah Bersedia Dengan “Plan B” Sekiranya Proses Penceraian Formal Akhir Bulan Ini Ditolak?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat