Adakah Britain Sudah Bersedia Dengan “Plan B” Sekiranya Proses Penceraian Formal Akhir Bulan Ini Ditolak?

37

Satu jawatankuasa penggubal undang-undang mengatakan bahawa, Britain akan berdepan dengan akibat yang sangat buruk sekiranya kerajaan British gagal untuk mencetuskan jalan keluar dari Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri, Theresa May mengatakan bahawa beliau akan mencetuskan proses penceraian secara formal pada akhir bulan ini dan bersedia untuk keluar dari blok walaupun tidak mendapat sebarang persetujuan. Beliau juga menyifatkan bahawa “no deal is better than a bad deal”.

Article 50 ini dikatakan akan mengambil masa rundingan sehingga mencecah 2 tahun.

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen juga mengatakan bahawa kegagalan dalam rundingan akan memberikan akibat yang sangat buruk serta menyebabkan kemudaratan ekonomi kepada kedua-dua belah pihak serta mewujudkan kekeliruan undang-undang bagi individu dan perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa iaitu Crispin Blunt mengatakan bahawa terdapat prospek bahawa perjanjian ini akan gagal.

Kerajaan juga perlu menyediakan setiap jabatan bagi mengenal pasti akibat bagi mengurangkan risiko yang berpotensi terjadi disebabkan kegagalan perjanjian tersebut.

Jawatankuasa itu juga sebelum ini pernah mengkritik kegagalan kerajaan untuk menyediakan Britain sebelum proses referendum tahun lepas.

News Penting yang Bakal Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini! (13-17 Mac 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat