Baru-baru ini, Malaysia telah menyasarkan untuk mengembangkan pembangunan AI yang menyeluruh menjelang 2030 sebagai asas kepada pelbagai sektor ekonomi pada masa yang akan datang.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata bahawa kerajaan ingin memfokuskan tentang persediaan negara untuk kemajuan AI yang kini kiat berkembang dari sebelumnya.
Beliau juga berkata ia bukan sahaja melibatkan aspek teknologi serta pusat data, malah ia melibatkan usaha untuk menyediakan tenaga kerja serta sistem sokongan yang boleh memacu ekonomi digital negara.
Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai visi untuk melaksanakan negara AI menjelang tahun 2030. Oleh itu, dalam jangka masa lima tahun, kita akan menyaksikan adakah Malaysia dapat mencapai negara yang membangun dalam teknologi AI dan betul-betul bersedia untuk AI.
“Negara bersedia AI bukan hanya mengenai infrastruktur, tetapi juga bakat dan bagaimana kita membangunkan ekosistem baharu ini.” katanya ketika majlis pelancaran pusat data NEXTDC KL1 di sini, hari ini.
Gobind berkata bahawa ekonomi digital Malaysia semakin berkembang apabila sumbangannya kepada KDNK daripada 23.3 peratus pada 2023 kepada 25.5 peratus pada 2025. Oleh itu, kerajaan kini menyasarkan sumbangan ekonomi digital mencapai 30 peratus menjelang 2030.
Kerajaan menjangkakan teknologi AI akan memacu hampir semua sektor pada masa hadapan, sekaligus memerlukan pendekatan baharu bagi memastikan negara bersedia menghadapi perubahan itu.
Oleh itu, kerajaan kini memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem AI yang selamat dan bersedia untuk teknologi generasi baharu. Dalam masa yang sama, kerajaan kini mengalihkan fokus daripdad pembangunan 5G kepada persediaan AI, termasuk pembangunan pusat data sebagai asas utama teknologi berkenaan.
Beliau turut berkata, Malaysia juga mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab ekonomi digital serantau memandangkan ASEAN kini mempunyai hampir 690 juta penduduk.




























































