Lonjakan Lebih Tinggi GBP/USD Bakal Atasi Ketinggian Dicapai Pada Februari

585

Tumpuan semula terhadap perbincangan oleh ahli Federal Reserve (Fed) untuk pengurangan pembelian aset menjadi penghalang momentum kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu.

Jika diperhatikan harga sudah membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru mencapai paras 1.42300 yang merupakan rintangan diuji pada dagangan Februari lalu.

Selain perbincangan untuk langkah tapering oleh Fed, pada sesi New York Jumaat lalu menyaksikan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat telah menekan semula harga untuk susut sekitar 90 pips setelah kenaikan pada sesi sebelumnya telah didorong oleh bacaan data sektor ekonomi yang sama di UK.

Oleh itu, zon 1.42000 kekal menjadi zon rintangan buat harga yang perlu dilepasi sebelum harga terus mencatatkan rekod ketinggian terbaru 3 tahun.

Penganalisis masih melihat pergerakan harga pada carta GBP/USD dalam trend bullish, namun kekal berwaspada untuk isyarat perubahan trend harga.

Perkembangan di UK, Perdana Menteri Boris Johnson kekal yakin bahawa UK sedang menuju ke arah pembukaan ekonomi penuh pada penghujung Jun.

Ini akan mendorong jangkaan untuk kenaikan harga menuju sasaran 1.43000 yang merupakan zon rintangan yang pernah diuji pada Januari dan April 2018, namun gagal menembusinya.

Sementara untuk situasi penurunan harga pula, paras sokongan minggu lalu pada 1.41000 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.4000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat