Lonjakan Terbantut, GBP/USD Berundur Selepas Capai Ketinggian $1.2200

115

Corak bullish yang dipaparkan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD sejak penghujung minggu lalu sehingga bersambung di awal minggu ini gagal diteruskan pada Selasa semalam.

Ini adalah disebabkan reaksi suram pasaran terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di acara simposium Riskbank di Stockholm di mana beliau tidak memberikan petunjuk terhadap dasar monetari bank pusat.

Tiada petunjuk jelas untuk mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada awal Februari nanti membuatkan pelabur lebih memilih untuk tidak mengambil risiko dan berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis esok.

Jika diperhatikan kenaikan harga pada carta GBP/USD telah mencapai ketinggian 1.22000 di awal minggu ini setelah menyusuli lonjakan ketika reaksi laporan pekerjaan NFP lalu.

Namun, zon 1.22000 kini menjadi rintangan buat harga apabila penurunan dipamerkan semalam sehingga harga hampir menjengah semula ke paras 1.21000.

Namun, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dilihat menghalang daripada penurunan dilanjutkan menunjukkan masih terdapat potensi untuk harga menyambung semula corak kenaikan sebelum ini.

Setelah berakhir di sekitar 1.21500 di penutup sesi New York, harga bergerak perlahan di sekitar tersebut bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 1.22000 sebelum sasaran seterusnya adalah menuju 1.23000.

Mencapai ketinggian tersebut akan mencatatkan rekod tertinggi terbaru harga dalam tempoh dagangan 4 minggu.

Namun jika berlaku penurunan semula, paras 1.21000 dilihat akan diuji dan dijangkakan untuk menjadi sokongan buat harga.

Jika ditembusi, isyarat perubahan trend bearish berkemungkinan akan lebih jelas dan harga bakal menuju semula ke zon 1.2000 atau lebih rendah lagi ke sekitar 1.19000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat