Louis Vuitton Buang Tabiat Ke Tiba-Tiba Jual Tong Cat Harga RM12k?

390

‘Tak tahu pasal korang tapi di mata team Intraday nampak berseni sungguh fesyen terbaru LV ni.’

Kedengaran ganjil namun ia adalah realiti apabila Louis Vuitton (LV) memperkenalkan sebuah beg tangan menyerupai ‘tong cat’ pada tanda harga RM12,400.

Lebih mengejutkan apabila ketika pembeli melawati laman rasmi LV, beg tersebut bukan sahaja dijual pada tanda harga RM12,400 malah ia turut diberi nama ‘LV Paint Can’ dan berada bawah kategori beg alternatif konvensional.

Seperti fasa kata ‘seni itu halus’, rekaan LV Paint Can telah dihasilkan mendiang Virgil Abloh dan diperkenalkan pada pertunjukan fesyan Men’s Fall/Winter 2022 di Amerika Syarikat.

Ia telah didatangkan dengan koleksi warna unik ungu, oren, merah, hijau, kuning dan biru selain memaparkan perkataan yang sering terdapat pada tong cat sebenar seperti ‘weather shield’, ‘quality colour’ serta ‘smooth finishing’.

Sama juga seperti produk-produk lain keluaran LV, logo jenama monogram telah dipaparkan pada kesemua permukaan beg.

Suka diingatkan bahawa beg tersebut tidak diperbuat daripada besi tetapi fabrik dan saiznya cukup sekadar untuk menyimpan 2 telefon serta beberapa barangan peribadi yang kecil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat