Louis Vuitton Nak Lancar NFT Berharga $42K!

3,027

“Wow menarik, tapi adakah orang akan berpusu-pusu beli NFT LV ni?”

Jenama mewah Perancis, Louis Vuitton bakal melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) baharu yang bersandar dengan item fizikal yang digelar Via Treasure Trunks sebagai sebahagian daripada rancangannya yang ingin menawarkan produk dan pengalaman eksklusif kepada pelanggannya.

Pendaftaran untuk pengeluaran koleksi NFT tersebut yang memiliki beberapa ratus unit akan dibuka pada 8 Jun 2023 kepada pengguna berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis, United Kingdom (UK), Jepun dan Australia.

Manakala pelanggan terpilih pula dapat membeli NFT pada 16 Jun 2023 pada harga €39,000 ataupun sekitar $42,000.

Menerusi roadmap utiliti NFT tersebut, para pemegang akan menerima replika fizikal Treasure Trunks digital seterusnya mendapat akses kepada pelbagai produk baharu Louis Vuitton.

Koleksi NFT tersebut ialah sebahagian daripada projek Louis Vuitton lebih besar digelar “Via” yang berasal daripada perkataan Latin, di mana pemilik Treasure Trunk dapat beli kunci digital untuk mengakses pelbagai utiliti.

Treasure Trunks turut dijual sebagai token soulbound yang membawa makna bahawa ia tidak boleh dipindah milik setelah dibeli dan pemegang tidak dapat jual NFT mereka tetapi boleh menjualnya semasa item seseorang individu itu dimint pada masa hadapan.

Suka dimaklumkan Louis Vuitton bukan sahaja pernah melancarkan blockchain Aura untuk pengesanan keaslian barang mewah malah memeterai perjanjian bersama Cartier dan Prada dalam mewujudkan Aura Blockchain Consortium bagi membanteras produk tiruan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat